Kebanyakkan pesakit luar hospital kerajaan terpaksa menunggu 3 jam untuk mendapatkan rawatan lapor wartawan Perkhidmatan Anda Dipantau!
Menteri Kesihatan pernah berjanji akan mempercepatkan masa menunggu pesakit luar ke 30 minit sahaja daripada 90 minit. Ini janji yang pertama oleh Dato Seri semasa mengambil alih tugas di Kementerian Kesihatan.
Masa menunggu masih tak memuaskan bagi hospital-hospital kerajaan di Kuala Lumpur, Kedah dan Johor. Terdapat pembaikan di Pulau Pinang.

Tambah pulak, tempat menunggu penuh sesak dengan pesakit. Ini boleh mengakibatkan pesakit bertambah rimas dan semakin menderita kesakitan.
Harap Kementerian Kesihatan melaksanakan janji. Berjanji mulut sahaja tak guna. Pelaksanaannya yang penting.
Simpati kita tengok keadaan yang semacam ini. Kementerian Kesihatan mesti ambik langkah, baiki perkhidmatan di hospital-hospital kerajaan.
No comments:
Post a Comment