Thursday, January 15, 2009

LCCT Baru 15km dari Bandar Baru Nilai

Sebagaimana Bukit Beruntung dimajukan lesu dengan perumahan selepas perancangan awal KLIA dibina di Hulu Selangor terbatal; Sepang, Dengkil, Seremban dan Nilai mendapat tempias hebat selepas KLIA dibina di Sepang.

Sekali lagi, Nilai, dan kali ini Labu akan mendapat tempias pembangunan hasil kemungkinan projek LCCT baru dijangka mula dibina Januari 2009. Melaka dan Port Dickson jugak dijangka akan mendapat nikmat pembangunannya nanti.

LCCT, Low Cost Carrier Terminal atau Terminal Pengangkut Murah yang baru akan dibina atas usaha tajaan swasta Sime Darby dan Air Asia bagi menampung kepadatan penumpang di LCCT Sepang pada tahun 2014.

Dijangka tahun 2014, jumlah kepadatan penumpang di LCCT akan meningkat ke 30 juta penumpang setahun.

LCCT baru ini, akan diberi nama KLIA East, KLIA Timur.


KLIA East akan terletak di Ladang Kelapa Sawit, Pekan Labu, Negeri Sembilan, 8.6km dari KLIA Sepang, 50km dari Segitiga Emas Kuala Lumpur, dan 15.5 km dari Bandar Baru Nilai, 15.5km dari USIM dan 7.4km dari SMAP Labu.

KLIA East dijangka akan dihubungkan dengan KLIA Sepang melalui:

1. 7km Cabang Jalan dari KLIA Sepang dan Lebuhraya Utara Selatan.
2. 7km ERL dari KLIA Sepang.
3. Hentian Bas di KLIA East.
4. 3km Landasan keretapi Komuter dari Pekan Labu.

Pembangunan Lapangan Terbang Pengangkut Murah (LCCT) yang baru, KLIA East di Labu dijangka akan dapat memberi faedah kemakmuran kepada daerah-daerah kejiranan. Nilai, Port Dickson, Labu, dan tak ketinggalan Melaka akan kembang mekar sebagai Bandar-bandar Baru dan Bandar-bandar Satelit yang akan menyokong pembangunan hiliran jugak industri pembuatan berat dan sederhana. Dengan prasarana dan kemudahan pelancongan yang berkesan, Melaka akan mendapat tambahan 600,000 pelancong baru langsung ke Melaka Bandar Warisan Dunia UNESCO.



Ini peluang kita, untuk memulakan pelaburan hartanah yang berjaya di kawasan berdekatan Pekan Labu. Saya sudah mula berkira-kira untuk memulakan penghidupan di kawasan ini.

Rantaian hubungan Kuala Lumpur, Klang, Seremban, Nilai, dan Melaka akan menjadi Gergasi Metropolis yang Pertama bagi negara kita.



يا
RONG YI

No comments:

Post a Comment