Monday, January 19, 2009

Janji Politik di Kuala Terengganu untuk Rekod Rongyi

P'raya KT: Pemantau akan serah laporan pada SPRM
Abdul Rahim Sabri | Jan 19, 09 2:26pm


Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) - Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya (NIEI) - yang memantau pilihanraya kecil Kuala Terengganu Sabtu lalu mendakwa berlakunya amalan rasuah dan penyalahgunaan jentera kerajaan sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut.

Pengerusinya, Yunus Ali berkata, laporan lengkap hasil pemantauan 10 petugas NIEI itu, akan siap dalam masa dua minggu dan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), kedutaan-kedutaan asing di Malaysia dan semua NGO.

Yunus Ali mendakwa amalan rasuah dan politik janji rasuah oleh Barisan Nasional (BN) berleluasa berlaku dalam pilihanraya kecil tersebut, melibatkan jumlah sebanyak RM 1 billion.

Manakala PAS pula, dakwanya, turut melanggar etika amalan pilihanraya yang baik, antaranya pemberian percuma kerusi roda di Bukit Tepu, khidmat percuma gunting rambut dan rundingan kesihatan pakar homeopati.

Yunus turut mempertikaikan pembiayaan kehadiran menteri-menteri kabinet, menteri besar dan ketua menteri daripada BN dan Pakatan Rakyat serta barisan exco mereka sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut.

Dalam satu kenyataannya yang diedarkan dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini, Yunus mendakwa, wang ehsan RM300 bagi orang dewasa dan RM250 untuk muda-mudi, diumumkan akan diagih untuk warga Terengganu.

Manakala pengundi Cina pula, dakwanya, diedarkan angpau sebanyak RM300 sempena perayaan Tahun Baru Cina manakala penarik beca di Kuala Terengganu pula dijanjikan wang ehsan RM10,000 seorang, dakwa Yunus.

Yunus berkata, kehadiran begitu ramai anggota polis dikerahkan bertugas sepanjang pilihanraya kecil di Kuala Terengganu membuat orang ramai terasa tidak selesa dan berpersepsi seolah-oleh dalam keadaan darurat.

Pancing undi

Sepanjang 20 hari petugas NIEI menjalankan tugas pemantauan di Kuala Terengganu, Yunus mendakwa, pihaknya mengenalpasti 14 bentuk yang didakwanya sebagai rasuah, yang dijanjikan oleh BN untuk memancing undi bagi memastikan kemenangan calonnya, antaranya:

1. Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.

2. Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.

3. Pemberian secara lambak tanpa tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta.

4. Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.

5. Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.

6. Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

7. Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.

8. Pemberian RM6.1 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.

9. Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.

10. Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.

11. Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu. Janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.

12. Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.

13. Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.

14. Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.

Dakwaan salahguna kuasa

Dalam kenyataan itu juga, Yunus turut mendakwa berlakunya penyalahgunaan kuasa dan jentera kerajaan di peringkat tempatan, negeri dan persekutuan.

Di peringkat kerajaan tempatan, Datuk Bandar Kuala Terengganu merangkap Pegawai Kanan Pilihanraya, Mat Razali Kassim didakwa berkempen dan mendesak kakitangan di bawahnya untuk mengundi BN. (Beliau telah meletakkan jawatan pegawai pilihanraya sehari sebelum pilihanraya kecil).

Penggantinya, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, yang sebelumnya memangku Pegawai Kanan Pilihanraya, Wan Mustafa Wan Hassan, juga disangsikan kerana didakwa melibatkan diri dalam program kempen BN.

Penggunaan pejabat menteri besar dan jentera sebuah jabatan kerajaan dalam upacara perasmian pecah tanah pembinaan masjid.  

Ketika dalam ceramah di Perumahan Pusu Tiga, Gong Badak, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said didakwa mengarahkan Jabatan Saliran dan Perparitan untuk mengkaji masalah banjir di kawasan itu.

Setiausaha kerajaan negeri dan pengarah kewangan negeri didakwa melibatkan diri dalam program taklimat BN yang disasarkan kepada imam dan bilal masjid, ketua kampung dan pegawai perkhidmatan awam, termasuk pegawai kerajaan luar kawasan yang mengundi di P036 (Parlimen Kuala Terengganu).

Perasmian nama lnstitut Pendidikan Guru Malaysia kepada kampus Datuk Razali Ismail dan sebuah sekolah menengah kebangsaan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Razali Ismail.

Kementerian didakwa terlibat

Yunus juga mendakwa, kementerian persekutuan turut terlibat dalam kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pertanian, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti

Yunus juga mendakwa BN telah berkempen dengan menguar-uarkan khidmat dan perbelanjaan kerajaan yang telah dilaksanakan, seolah-olah dibiayai oleh mereka, antaranya:

Peruntukan RM 500,000 di bulan Disember 2008 untuk mangsa banjir.

RM 200,000 telah dibelanjakan untuk membeli makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir.

Penggantian atap-atap.

Pendaratan pesawat MAS penerbangan pulang haji terus ke Kuala Terengganu.

Dalam sidang media itu, NIEI turut menayangkan gambar-gambar sepanjang kempen pilihanraya parlimen itu, termasuk papan-papan tanda yang mempunyai lambang dacing sebagai penawaran perkhidmatan yang seolah-olah dibiayai oleh BN.

Menurut Yunus lagi kehadiran menteri-menteri kabinet, menteri besar dan ketua menteri daripada BN dan Pakatan Rakyat serta barisan exco mereka sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut turut menimbulkan persoalan mengenai siapakah yang membiayai kos perbelanjaan mereka di sana.

"Saya harap ada ketelusan dan kebertanggungjawaban ke atas perbelanjaan mereka sepanjang berkempen di Kuala Terengganu," katanya.

Akhbar diedar percuma

Yunus juga mendakwa berlaku amalan rasuah dalam bentuk pengedaran dan pemberian percuma akhbar-akhbar tempatan oleh BN.

Pelbagai konsert, dakwanya, dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, termasuk persembahan penyanyi popular dari Terengganu.

PAS juga, dakwanya, turut melanggar etika amalan pilihanraya yang baik, termasuk pemberian percuma kerusi roda di Bukit Tepu, khidmat percuma gunting rambut dan rundingan kesihatan pakar homeopati.

Di samping, kata Yunus, NIEI menganggarkan kira-kira 10,000 anggota polis dikerahkan bertugas di Kuala Terengganu sepanjang kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

"Nisbahnya satu orang untuk lapan orang pengundi. Kehadiran terlalu ramai memberikan suasana sebagai keadaan perang.

"Jika tujuannya untuk menjaga keselamatan, tetapi kesan adalah di sebaliknya, orang ramai terasa tidak selesa dan berpersepsi seolah keadaan dalam darurat.

"Ini bertentangan dengan suasana pilihanraya yang baik, iaitu bebas dan tenteram," kata Yunus dalam kenyataan tersebut.

Sunday, January 18, 2009

Pesakit Luar Menunggu 3 Jam


Kebanyakkan pesakit luar hospital kerajaan terpaksa menunggu 3 jam untuk mendapatkan rawatan lapor wartawan Perkhidmatan Anda Dipantau!

Menteri Kesihatan pernah berjanji akan mempercepatkan masa menunggu pesakit luar ke 30 minit sahaja daripada 90 minit. Ini janji yang pertama oleh Dato Seri semasa mengambil alih tugas di Kementerian Kesihatan.

Masa menunggu masih tak memuaskan bagi hospital-hospital kerajaan di Kuala Lumpur, Kedah dan Johor. Terdapat pembaikan di Pulau Pinang.


Tambah pulak, tempat menunggu penuh sesak dengan pesakit. Ini boleh mengakibatkan pesakit bertambah rimas dan semakin menderita kesakitan.

Harap Kementerian Kesihatan melaksanakan janji. Berjanji mulut sahaja tak guna. Pelaksanaannya yang penting.

Simpati kita tengok keadaan yang semacam ini. Kementerian Kesihatan mesti ambik langkah, baiki perkhidmatan di hospital-hospital kerajaan.


Saturday, January 17, 2009

Penyelewengan Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Terengganu


Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru Encik Wahid Endut PAS mendedahkan penyelewengan wang yang berlaku di dalam Pemerintahan Kerajaan Negeri BN di Terengganu.

Siapa Wahid Endut PAS? Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu yang berpengalaman berkhidmat selama 5 penggal berturut-turut. 

Pada asalnya, Januari 2008, Kerajaan Persekutuan meluluskan RM200 juta untuk kerja menaik taraf.

Lapangan Terbang Sultan Mahmud ini ialah projek Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan sudah mencecah RM660 juta. RM130 juta untuk Terminal dan RM530 juta untuk Landasan Lapangan Terbang sahaja. 

Tetapi masalahnya, Lapangan Terbang ini dibina menggunakan duit Kerajaan Negeri Terengganu sendiri. Satu projek Persekutuan tetapi duit modalnya pakai duit Kerajaan Negeri. Hal ini diperakui oleh Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Said.

Misal kata kita ada tanah, kita nak buat rumah, mahu bagi sewa.

Buat rumah, tanah kita, duit kita, sewa rumah orang lain ambik.

Macam itu jugak jadi pada Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud. Pakai duit Kerajaan Negeri Terengganu, bina atas tanah Kerajaan Negeri tapi cukai lapangan terbang Kerajaan Persekutuan ambik. Ini projek Kementerian Pengangkutan, Menterinya Dato Ong Tee Keat.

Kerajaan Negeri terpaksa membayar pulak kos bina RM660 juta. Tapi cukainya Kerajaan Persekutuan ambik. Kan pincang. Wang negeri Terengganu dirompak begitu sahaja.

Ini yang dilaporkan ADUN Wakaf Mempelam dan MP Kuala Terengganu Saudara Wahid Endut PAS. Siapa Wahid Endut PAS? Seorang yang berpengalaman 5 penggal ADUN di Terengganu.

Friday, January 16, 2009

Tabung Haji dan Felda


Menurut baginda Raja Nazrin, Tabung Haji dan Felda bermula dengan:

1. Idea
2. Gubal Dasar
3. Tubuh Instituisi sebagai Kerangka
4. Perkenalkan Projek sebagai Terjemahan kepada Kerangka
5. Diuji di peringkat Pelaksanaan


Tun Dr. Ismail dan Tun Abd Razak adalah penggerak utama kepada 2 idea ini, Tabung Haji dan Felda.

Isu Pemberian Tanah Pegangan Bebas Kepada Tuan Tanah Kampung Baru dan Kampung Tersusun


"Kampung Baru ialah kampung yang yang mana 80% penempatannya daripada masyarakat Cina.

Kampung Tersusun ialah kampung yang mana 80% penempatannya daripada masyarakat Melayu."

Menteri Besar Perak; Dato Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin.

Janji Najib Semasa Pilhanraya P44 Permatang Pauh


Peruntukan RM4.18 juta bagi membaik pulih, menaik taraf dan membeli peralatan baru di 28 masjid dan 46 surau di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Peruntukan diluluskan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri disalurkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Saluran kewangan mengambil masa kerana perlu melalui prosedur kewangan.

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (P44):

Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 
447 undi
Majoriti: 
15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan) 
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 
30,348
Majoriti: 
13,398 undi

Garis Panduan Pembangunan Cerun



Pembangunan pada cerun berkecerunan > 35' darjah adalah DILARANG oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pembangunan pada cerun berkecerunan > 35' darjah adalah DIBENARKAN oleh Kementerian Sumber Asli.

Thursday, January 15, 2009

LCCT Baru 15km dari Bandar Baru Nilai

Sebagaimana Bukit Beruntung dimajukan lesu dengan perumahan selepas perancangan awal KLIA dibina di Hulu Selangor terbatal; Sepang, Dengkil, Seremban dan Nilai mendapat tempias hebat selepas KLIA dibina di Sepang.

Sekali lagi, Nilai, dan kali ini Labu akan mendapat tempias pembangunan hasil kemungkinan projek LCCT baru dijangka mula dibina Januari 2009. Melaka dan Port Dickson jugak dijangka akan mendapat nikmat pembangunannya nanti.

LCCT, Low Cost Carrier Terminal atau Terminal Pengangkut Murah yang baru akan dibina atas usaha tajaan swasta Sime Darby dan Air Asia bagi menampung kepadatan penumpang di LCCT Sepang pada tahun 2014.

Dijangka tahun 2014, jumlah kepadatan penumpang di LCCT akan meningkat ke 30 juta penumpang setahun.

LCCT baru ini, akan diberi nama KLIA East, KLIA Timur.


KLIA East akan terletak di Ladang Kelapa Sawit, Pekan Labu, Negeri Sembilan, 8.6km dari KLIA Sepang, 50km dari Segitiga Emas Kuala Lumpur, dan 15.5 km dari Bandar Baru Nilai, 15.5km dari USIM dan 7.4km dari SMAP Labu.

KLIA East dijangka akan dihubungkan dengan KLIA Sepang melalui:

1. 7km Cabang Jalan dari KLIA Sepang dan Lebuhraya Utara Selatan.
2. 7km ERL dari KLIA Sepang.
3. Hentian Bas di KLIA East.
4. 3km Landasan keretapi Komuter dari Pekan Labu.

Pembangunan Lapangan Terbang Pengangkut Murah (LCCT) yang baru, KLIA East di Labu dijangka akan dapat memberi faedah kemakmuran kepada daerah-daerah kejiranan. Nilai, Port Dickson, Labu, dan tak ketinggalan Melaka akan kembang mekar sebagai Bandar-bandar Baru dan Bandar-bandar Satelit yang akan menyokong pembangunan hiliran jugak industri pembuatan berat dan sederhana. Dengan prasarana dan kemudahan pelancongan yang berkesan, Melaka akan mendapat tambahan 600,000 pelancong baru langsung ke Melaka Bandar Warisan Dunia UNESCO.



Ini peluang kita, untuk memulakan pelaburan hartanah yang berjaya di kawasan berdekatan Pekan Labu. Saya sudah mula berkira-kira untuk memulakan penghidupan di kawasan ini.

Rantaian hubungan Kuala Lumpur, Klang, Seremban, Nilai, dan Melaka akan menjadi Gergasi Metropolis yang Pertama bagi negara kita.



يا
RONG YI

Musang Berjanggut 2


Nama kami Dato Laksamana, Megat Padang Jarak, Padang Terkukur, Putra Sang Poriang Perabu Sakti, Ratnaganu, Chandar Kirana. Hurrr... keturunan Ayam Belanda.

Kedatangan kami kerna hendak meminang anak kamu untuk anak kami, Megat Alang Sengketa.

Sapa tu Abang Kemenyan?

Ha yang itu lah Dato Laksamana Padang Jarak Padang Terkukur, belum pergi perang sudah jatuh tersungkur.


Cis siapakah kau orang muda,
Adiknya kah? Abangnya?

Adiknya bukan, 
Abangnya bukan,
Tersentuh Puspa Wangi,
Cilaka badan.

Cis manusia durjana,
kata-katamu sungguh angkuh,
Harimau di hutan dapat ku jinak,
Ini kan pula kucing pelihara.

Biar berdentum guruh di langit,
Bumi tak hancur sebelum kiamat.

Dengar sini orang muda,
Aku beringat padamu,
Siapkan lah payung sebelum hujan,
Dan siapkan lah perahu sebelum bah.

Payung sudah kusiapkan,
Perahu pun sudah kusedia,
Hanya menunggu hujan di langit.


FELDA kejayaan Fardhu Kifayah - Raja Nazrin KEI ke-3


1961 Rancangan Pembukaan Tanah FELDA.

Melibatkan 112,000 keluarga desa Melayu.

Raja Nazrin Shah bertitah bahawa mengikut kronologi peristiwa, Peneroka FELDA hanya berpeluang melalui penghidupan di perkampungan lebih moden 11 tahun terkebelakang daripada kemudahan yang dinikmati oleh penduduk Kampung Baru yang dibangunkan melalui Rancangan Briggs.

Rancangan Briggs melibatkan penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke Kampung Baru, yang terletak hampir dengan bandar berbanding dengan kawasan pembangunan FELDA.


RM200 juta untuk Sekolah Cina, Tamil, Mubaligh dan Agama

Sekolah Mubaligh

Najib berkata peruntukan RM 200 juta akan dibahagi samarata kepada Sekolah Cina, Tamil, Mubaligh dan Agama.

Najib menyampaikan RM 27 juta kepada 237 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina seluruh negara di SJKC Chee Yen, Subang.

Apa itu Sekolah Mubaligh?

Ada 451 buah Sekolah Mubaligh di Malaysia. 

Sekolah mubaligh adalah sekolah yang terletak di atas tanah kepunyaan gereja dan badan mubaligh Kristian. Ada juga Sekolah Mubaligh yang terletak di atas tanah kerajaan negeri yang diberi pajakan kepada pihak gereja. Manakala bangunan sekolah dibina, diselenggarakan dan ditadbirkan bersama antara pihak KPM dan Lembaga Pengurus Sekolah. Contoh Sekolah Mubaligh adalah St John, Convent dan St Michael jugak Methodist.

Skim Pencen Pekerja Swasta KWSP


KUALA TERENGGANU 15 Jan. — Kabinet bersetuju secara prinsip untuk mewujudkan skim pencen bagi pekerja-pekerja swasta melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam.

Kabinet, katanya telah meminta Kementerian Sumber Manusia untuk menyediakan kertas kerja mengenai skim itu untuk diserahkan kepada Kementerian Kewangan. - Bernama

Awas Seksis


Nazri beri ingatan kepada MP BN Seksis

15/01/2009 6:13pm

KUALA LUMPUR 15 Jan. — Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi ingatan kepada Anggota Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) yang suka mengeluarkan kenyataan berbaur seksis di dalam Dewan Rakyat bahawa mereka mungkin tidak dicalon semula untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. - UTUSAN

Heret Rejim Zionis Israel ke Mahkamah Antarabangsa


Heret Rejim Zionis Israel ke Mahkamah Antarabangsa!

JAKARTA 15 Jan. — Persatuan Parlimen Asia (APA) akan mencadangkan supaya Israel dihadapkan ke Mahkamah Antarabangsa atas dakwaan kekejaman perang, kata Presiden APA Agung Laksono di sini, hari ini.

Katanya, langkah itu selaras dengan usul Mesyuarat Tergempar Pimpinan Parlimen Negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (PUIC) yang berlangsung di Istanbul, Turki, semalam.

“Pimpinan Parlimen Asia akan mencadangkan mereka yang dianggap bersalah dihadapkan ke Mahkamah Antarabangsa sebagai penjenayah perang,” kata Agung, yang juga Speaker Parlimen Indonesia, dipetik oleh agensi berita Antara. - Bernama

Wednesday, January 14, 2009

Sir Winston Churchill



"1 week in politic is a long time" - Winston Churchill 
Prime Minister of United Kingdom 26 Oct 1951 - 7 April 1955

Terengganu Darul Iman

Fakta Angka

1978 hasil Petroleum di Terengganu

Royalti Petroleum 5%

Jumlah Royalti Petroleum 1978-1998: RM 7,000 juta ~ 7 Billion Ringgit

Terengganu negeri kedua terkaya di Malaysia tetapi;

Rakyat Terengganu rakyat kedua termiskin di Malaysia

1999 - PAS memimpin Terengganu

Tindakan serta merta PAS 1999: Kecualikan cukai pintu rumah kediaman, hapuskan tol, menambahkan bantuan kemiskinan 100% tanpa kira paham politik, selesai masalah tanah memberi hak milik tanah.

Rancangan BN di Terengganu: Taman Tamadun Islam, Monsoon Cup Lumba Kapal Layar, Masjid Kristal, Lapangan Terbang di bawah projek Kerajaan Pusat.

Pilihanraya Parlimen: Tujuan; membawak suara rakyat ke Parlimen. 80,299 Pemilih Berdaftar di Kuala Terengganu.




Saturday, January 3, 2009

Musang Berjanggut

Al-kisah Dato Nikah Kawin;

Puspa Wangi bertanya, 

"Kanda, bolehkah dinda bertanya tentang undang-undang Negeri di sini?"


Dato Nikah Kawin pun jawab,


"Boleh apa salahnya, undang-undang apa dinda?"

"Salah atau tidak, jikalau seorang lelaki masuk ke rumah seorang perempuan semasa suaminya tak ada di rumah?

"Eeeh itu salah besar salah besar, hehe..."

"Kalau begitu kanda ni pun salah la?"

"Eh salah jugak la, tapi itu tak jadi apa, sebab undang-undang dalam ini negeri, kanda yang bikin, itu semua boleh padammm... ehehe..."




Kicap pun kicap lah,
RONG YI

Ta Chia Hao

Ta Chia Hao,

Salam Sejahtera,

Blog ini saya khususkan sebagai rujukan saya sendiri kepada berita-berita yang menarik yang merangkumi semua bentuk sumber maklumat.

Kebanyakannya berita akan diringkaskan ke bentuk angka bagi memudahkan analisa nombor. Sedikit ulasan ringkas berita dan cerita hidup, teman-teman, keluarga dan masyarakat amnya mungkin akan disertakan.


Saya punya blog yang lain, cuma blog ini tumpuannya diberikan kepada ringkasan berita-berita semasa untuk rujukan sendiri.


Assalamualaikum,
RONG YI